Sheikh Bahauddin Naqshabandi pengasas tarekat Naqshabandi
Syeikh Bahauddin Naqshband Bukhari (1318 – 1389) adalah pendiri tariqat
Naqshabandi, yang merupakan salah satu tariqat yang cukup besar dan berpengaruh
dalam gerakan Tasawuf.
Riwayat Hidup

Tidak banyak informasi yang boleh di rungkai dari kehidupannya. Perkara ini
tidaklah menghairankan, kerana semasa hidupnya, beliau melarang para pengikutnya
untuk mencatat segala perilaku mahupun ucapan-ucapannya. Banyak tulisan di
Barangkai setelah ia wafat. Syeikh Baha-ud-Din dilahirkan pada tahun 1318 di desa
Qasr-i-Hinduvan (yang kemudian bernama Qasr-i Arifan) dekat Bukhara, yang juga merupakan tempat di mana beliau wafat pada tahun 1389.
Sebahagian besar masa hidupnya dihabiskan di Bukhara, Uzbekistan serta
daerah-daerah yang berdekatan, Transoxiana. Ini dilakukan untuk menjaga prinsip
"melakukan perjalanan di dalam negeri", yang merupakan salah satu bentuk "laku"
seperti yang ditulis oleh Omar Ali-Shah dalam bukunya "Ajaran atau Rahsia dari
Tariqat Naqsyabandi". Perjalanan jauh yang dilakukannya hanya pada waktu ia
menjalankan ibadah haji dua kali.
Dari awal, beliau memiliki kaitan erat dengan Khwajagan, iaitu para guru dalam
mata rantai Tariqat Naqsyabandi. Sejak masih bayi, beliau telah dididik dan
dipelihara sebagai anak kerohanian oleh salah seorang dari mereka, iaitu Baba
Muhammad Sammasi. Sammasi merupakan pemandu pertamanya dalam jalur ini, dan yang
lebih penting lagi adalah hubungannya dengan penerus (khalifah) Sammasi, iaitu
Amir Kulal, yang merupakan rantai terakhir dalam salasilah sebelum Baha-ud-Din.
Baha-ud-Din mendapat pendidikan awal dalam jalur ini dari Amir Kulal, yang juga
merupakan sahabat dekatnya selama bertahun-tahun.
Pada suatu saat, Baha-ud-Din mendapat instruksi secara "rohani" oleh Abdul
Khaliq Gajadwani (yang telah meninggal secara jasmani dan senyap-senyap) ketika
melakukan zikir secara hening (tanpa suara). Meskipun Amir Kulal adalah
keturunan kerohanian dari Abdul Khaliq, Amir Kulal telah mempraktikkan zikir
yang dilakukan dengan bersuara. Setelah mendapat petunjuk mengenai zikir diam
tersebut, Baha-ud-Din lantas tidak menghadirkan diri dalam kelompok ketika
mereka mengadakan zikir secara bersuara.
Pisahnya Baha-ud-Din dari lingkaran kelompok Amir Kulal ini mungkin boleh
dianggap sebagai penanda wujudnya Tariqat Naqsyabandi, yang ajarannya diambil
dari Abdul Khaliq, hujung keturunannya berasal dari Khalifah Abu Bakar yang
diperoleh dari Nabi Muhammad SAW. Syeikh Baha-ud-Din Naqshband wafat dan
dimakamkan di desa asalnya pada tahun 1389. Makamnya merupakan salah satu tempat
yang banyak dikunjungi oleh penziarah dan pelancong di Bukhara
Tidak ada komentar:
Posting Komentar